FOLLOW | DASHBOARD.


EntryAboutCreds
Muhammad Haiqal Bin Harun
Asalamualaikum 

Mesti korang dah tahukan apa yang Syaqirah nak post kali ni ? Baca jelah . :"D

Muhammad Haiqal Bin Harun . Seorang lelaki yang berumur 17 tahun pada 21/8/2012 . Lelaki yang baru sahaja bebas dari Sijil Peperiksaan Malaysia *SPM* . Lelaki yang baru sahaja keluar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras . Seorang lelaki yang baik . Seorang lelaki yang peramah . Seorang lelaki yang penyanyang . Seorang lelaki yang buat Syaqirah ketawa . Seorang lelaki yang buat Syaqirah gembira . Banyak kenangan pahit dan manis bersama dia .

Macam mana kitaorang kenal ? 

Okay , cerita dia macam ni . Dekat sekolah Syaqirah , ada buat kawad kaki sempena Hari Sukan . Biasa lah , semua sekolah akan buat kawad kaki kan ? Seperti tahun-tahun yang lepas , Syaqirah masuk kawad kaki ni . Orang yang mengajar kawad kaki rumah sukan Syaqirah ialah Muazzam . Muazzam ni taiko CherasiaN . Hot jugak . Dia seorang yang happening . Suka buat lawak . So , bila berkawad , tak adalah rasa bosan sangat . 

Syaqirah tak berapa rapat sangat dengan Muazzam ni . Tapi bila dah lama-lama kenal , kitaorang rapat . Tapi rapat macam tu jelah . Antara kawan-kawan dia ialah Haiqal , Razin , Taufiq dan Hamierul Haiqal . Dengan diaorang ni lagilah Syaqirah tak rapat langsung . Dah lama tu , rapat jugak akhirnya .

Syaqirah mula rapat dengan Haiqal ni dekat TWITTER . Kitaorang dah mula selalu tweet , ber-DM dan text . Kadang-kadang dekat interection Syaqirah , penuh dengan nama Haiqal ni . Sampai ada orang kata kitaorang ni bercinta . Sebenarnya tak pun . Tapi hubungan kitaorang tak berpanjangan . Sekejap je . Tak sampai sebulan kut . Dia mula jauhkan diri . Kitaorang dah tak selalu text , tweet , dm . Semua buat hal masing-masing . Kenapa ? Hmm , yang tu Syaqirah pun tak tahu sampai sekarang . Berjumpa dekat sekolah pun kitaorang buat-buat tak kenal . Tapi yang peliknya , semenjak habis kawad kaki , Syaqirah selalu pulak terserempak dengan diaorang . Selalunya , tak ada pun . Haihh .

Dah lama tu kitaorang mula baik . Macam mana ? Syaqirah dah tak ingat . Yelah , sampai bila kitaorang nak bergaduh ? Sampai bila nak bermasam muka ? Sampai bila tak nak bertegur ? Kitaorang berbaik . Selalu ber-DM je . Tak selalu tweet . Tak selalu text . Text ? Hmm , macam mana nak text , phone Syaqirah hilang . Dia mintak perluang kedua . Syaqirah tak tahu nak bagi ataupun tak . Even sakit hati tapi perasaan sayang terhadap diri dia tak pernah hilang . Sampai ada satu hari tu , Muazzam dengan Razin datang dekat Syaqirah . Dia cerita satu persatu pasal Haiqal . Syaqirah rasa macam dah nak menangis . Diaorang cerita , serius menusuk ke jiwa . Balik dari sekolah , Syaqirah nampak tweet dia . "Kalau dia bagi peluang kedua , aku tak akan sia-siakan" Dan Syaqirah tahu , tweet tu untuk Syaqirah . Syaqirah balas , tapi unmentioned . "Betul , kalau aku bagi kau peluang kedua , kau tak akan sia-sia kan?" . Yup . Syaqirah bagi dia peluang kedua . Syaqirah dapat rasakan dia dah berubah . Alhamdulillah . Kitaorang contact hanya dekat DM . Yelah , Phone Syaqirah kan hilang . Mama kata kalau nak phone , kena kumpul duit sendiri . Tahun bila pulak baru dapat pakai phone . Haiihh .

Dah bila ber-DM je , dia selalu tanya bila nak pakai phone ? "Phone aku ni bunyi cengkerik je , tak ada sape nak text" . Huh ! Dia ingat Syaqirah percaya ? Memang tak lah kan . Syaqirah ada cakap dengan dia suruh belanja sim card maxis . Masa tu Syaqirah bergurau je . Tak sangka pulak dia beli betul-betul . Syaqirah memang ada phone . Phone cikai je . Tapi sim card tak ada masa tu . Sedih ! Disebabkan atas kebaikan dia tu , Syaqirah belanja dia topup . Okay lah tu , dia belanja Syaqirah , Syaqirah belanja dia . Hehehe . Dalam phone Syaqirah hanya ada number phone dia je . Number orang lain langsung Syaqirah tak save . Tapi dia tak pernah percaya yang number dia je ada . Hmm , tak nak percaya , sudah . 

Sekarang ni pulak tengah cuti sekolah . Nak pergi jumpa dia , Mama tak bagi . Nak hilangkan rindu , Syaqirah dengan Haiqal selalu ber-Skype . Dah banyak kali terkantoi dengan Mama :D . Tapi tak kesah pun . Kitaorang tak buat apa-ape yang tak elok . Mama pun tak kesah sangat . Masa kantoi tu , Mama tanya soalan banyak gila . Then , Syaqirah jawab jelah dengan jujur . Alhamdullilah , mama tak marah . Kitaorang selalu skype masa petang . Dalam pukul 3 lebih sampai sebelum Maghrib . Lepas Maghrib kitaorang stop sekejap , sambung lepas pukul 12 malam pulak . Kadang-kadang tu pukul 3 pagi baru tidur . Pernah sampai pukul 6 pagi kitaorang skype . Macam lama kan ? Tapi sebenarnya rasa sekejap je . 

Haiqal ni ramai peminat jugak . Bila ada orang tak puas hati dengan Syaqirah , mesti ada kaitan dengan Haiqal . Memang lah ramai yang tak puas hati , yelah gandingkan dengan Syaqirah , memang tak sesuai . Macam langit dan bumi . Tapi percintaan tak kira umurkan ? Percintaan tak kira pangkat , rupa , harta benda kan ? Kalau hati dah sayang , kentut yang busuk pun dikata wangi . Kalau hati dah sayang , muka buruk pun dikata cantik . Haihh , dia botak pun ramai yang minat dia . Lagilah kalau rambut dia dah panjang macam dulu , lagi lagi lagi lagi ramailah yang minat dia . I hope-ing yang Haiqal tak akan berubah jadi macam dulu lagi . Dan Syaqirah tahu dia tak akan berubah . Aminnn .

p/s ~ Haiqal , kalau awak baca ni , saya nak awak tahu yang saya sayang awak sangat-sangat . Saya tak nak kehilangan awak untuk kali kedua . Kalau jodoh kita memang tak berpanjangan , saya harap awak bahagia dengan insan yang tersayang pilihan awak nanti . Saya tak akan putuskan hubungan ni kalau bukan awak yang memutuskannya . Saya harap hubungan ni akan berpanjangan . Kalau kita terpisah nanti , saya nak awak tahu , yang saya tak akan lupa kan awak dan kenangan ni sampai bila-bila . In Shaa ALLAH . Saya tak boleh berjanji . Tapi saya hanya boleh berharap . Kalau jodoh kita kuat , In Syaa ALLAH kita akan berjumpa pada masa hadapan nanti . Tapi kalau tak ada , jangan bersedih ya .

ILOVEYOUMUHAMMADHAIQALBINHARUN

" MANUSIA LAYAK DIBERI PELUANG KEDUA TETAPI MANUSIA TIDAK LAYAK MENDAPAT PELUANG KETIGA "






Okay , dibawah ini adalah dia . Orang yang dimaksudkan . :)



MuhammadHaiqalBinHarun

*Sebelah tu kakak dia*
Asalamualaikum .